Perak Hari Ini

Akademi Lumba Kereta Antarabangsa Pertama Di Asia Tenggara Dibuka Di Perak

GOPENG: Sebuah akademi yang memfokuskan kepada pembangunan sukan pemotoran kereta lumba telahpun dibuka secara rasmi hari ini, di sini.

Diberi nama ‘U.S Legend Cars Malaysia Race Academy’, ia merupakan akademi yang pertama seumpama ini di Asia Tenggara dan ketiga di rantau Asia selepas Jepun dan Korea Selatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, akademi tersebut merupakan fasa pertama kepada projek lain yang mana ia akan dibangunkan di kawasan T-City pada masa hadapan, dengan penglibatan pihak swasta.

Ujarnya, ianya juga bukanlah berkonsepkan seperti litar perlumbaan F1 di Sepang sebaliknya akademi ini akan membuka ruang kepada penglibatan masyarakat umum, dengan harga yang berpatutan.

“Kemudahan ini akan menjadi satu tarikan besar kepada negeri kita. Saya harapkan dengan pembangunan menyeluruh sepertimana yang sudah kita lancarkan pada tahun lalu, akan jadi kenyataan.

 

“Kita juga berharap dalam beberapa tahun akan datang, beberapa fasiliti lain untuk pembangunan sukan ini akan diperbanyakkan,” katanya.

Selain itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akademi berkenaan secara tidak langsung akan membantu merancakkan ekonomi tempatan dan pelancongan di kawasan sekitarnya serta membuka ruang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis pembukaan Akademi Lumba Kereta T-City, dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Goodland Group Limited, Tan Chee Beng berkata jika terdapat mana-mana individu yang mempunyai bakat dalam sukan ini, mereka tidak menolak kemungkinan akan menghantarnya ke peringkat antarabangsa bagi mewakili Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");