Perak Hari Ini

Amalan Bermusyawarah Antara Komponen BN: Usaha Menentukan Calon Berpotensi Menang

SERI MANJUNG: Amalan sentiasa bermusyawarah bersama dengan presiden parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah amalan biasa dalam proses terakhir memuktamadkan nama-nama calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia juga sebagai satu langkah mengenalpasti calon-calon yang mempunyai potensi kemenangan yang tinggi pada satu-satu kawasan.

Jelasnya lagi, prinsip bermusyawarah dalam BN juga sebagai langkah dalam memastikan kekuatan perpaduan antara komponen parti terjamin yang mana BN dilihat jarang ‘berkelahi’ sesama sendiri secara terbuka.

“Adalah malang kalau calon yang dipilih berdasarkan penilaian kita (secara kasar), tidak mempunyai potensi untuk menang.

“Sebab itu, menerusi prinsip BN, konsep bermusyawarah itu penting ,” katanya kepada media dalam satu program Pemukiman Parlimen Lumut, di Kampung Pencalang, dekat sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut tentang program pemukiman ini, beliau yang juga Menteri Besar berkata ia sebahagian daripada siri jelajahnya ke semua kawasan parlimen seluruh negeri.

Lumut merupakan parlimen ke -17 yang dihadiri beliau semenjak inisiatif jelajah dilancarkan dua bulan lalu.

Tambahnya lagi, ia juga merupakan sebagai satu langkah meninjau segala perkembangan dan penambahbaikkan kepada gerak kerja yang dilakukan menerusi program pemukiman yang diadakan sebelum ini.

“Mungkin akan ada pihak yang secara sinis mengatakan pendekatan ini hanya diambil ketika mana pilihanraya umum akan tiba.

“Saya menganggap ianya komen-komen nakal yang mana saya tahu, mereka sedar kita ini senantiasa turun padang (pada bila-bila masa walaupun bukan pada musim pilihanraya,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");