Membawang Hari Ini

Anak Sekat Liza Di WhatsApp

PUTRAJAYA: Penyanyi, Liza Hanim, mendedahkan anak sulungnya pernah menyekat akses beliau di WhatsApp gara-gara tidak mahu dirinya melihat latihan vokal yang dimuat naik ke status akaunnya.

Katanya, perkara itu hanya diketahui selepas seorang anak saudaranya meminta pendapat mengenai gaya dan corak persembahan yang dikongsi Marsya Qistina Mohamed Shahrin, 15.

“Saya pun terus belek telefon selepas dimaklumkan anak buah, tetapi pelik kerana saya saja yang tidak boleh akses video di status yang baru dikongsikan olehnya.

“Rupa-rupanya Marsya sekat saya hari itu disebabkan segan kalau saya tengok dia berlatih sebelum menghadapi sebuah pertandingan nyanyian. Memang selama ini dia jarang bertanya apa-apa pasal nyanyiannya,” cerita Liza memetik sumber Berita Harian.

Katanya, mungkin remaja itu mewarisi sikapnya dulu yang suka berlatih sendirian.

“Saya dulu pun lebih suka berlatih menyanyi sendirian dengan membawakan beberapa genre lagu. Kalau dia selesa begitu, saya tiada bantahan.

“Apa pun, dari segi mengikut jejak langkah, saya nampak Marsya dan adik ketiganya yang gemar menyanyi serta aktif menyertai pertandingan,” kata penyanyi itu pada majlis pelancaran single baharunya, Mimpi.

Mengenai kehadiran Mimpi selepas sembilan tahun tanpa album baharu, kata Liza, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik hasil tulisan Fedtri Yahya itu cukup menggetarkan hatinya.

Malah, naib juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu juga sudah bersedia memberikan komitmen penuh terhadap promosi bergerak untuk berkongsi keindahan dendangan terbabit bersama khalayak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");