Jenayah

Anggota Polis Cedera Ditetak

TANAH MERAH – Seorang anggota polis cedera di bahagian kepala, jari dan di belakang badan akibat ditetak seorang lelaki ketika menjalankan risikan operasi bersepadu dadah di Bukit Chapong di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 22 tahun, bersama rakannya dalam perjalanan ke Kampung Peralla bagi melaksanakan tugas terbabit.

Semasa sampai di tepi jalan Bukit Capong, anggota terbabit melihat lima lelaki disyaki sedang menjalankan urusan jual beli dadah, lalu berhenti dan cuba menahan mereka lapor Sinar Harian.

Ketika menjalankan tangkapan ke atas seorang suspek, kepala anggota terbabit diketuk dari arah belakang oleh seorang lelaki dipercayai bapa suspek.

Lelaki itu juga memegang sebilah parang dan dalam masa yang sama, mangsa turut mengalami luka di jari telunjuk sebelah kanannya akibat terkena tetakan parang.

Ekoran ditetak, mangsa melepaskan tangkapan dan lari menyelamatkan diri namun dikejar lebih 100 meter.

Mangsa turut dikejar tiga lelaki dari kumpulan itu yang menunggang motosikal.

Namun atas tindakan pantas anggota polis itu, dia berjaya menyelamatkan diri dan pulang ke Balai Gual Ipoh sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, suspek berusia 50-an kini diburu untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini dua pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) termasuk anggota dari Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) serta balai-balai berhampiran digerakkan bagi mengesan suspek bermula malam tadi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");