Membawang Hari Ini

Anuar Zain Sudah Sedia Tempuh 50 Tahun

KUALA LUMPUR: Genap berusia 48 tahun pada 15 Februari lalu, penyanyi tersohor Anuar Zain mahu menghasilkan banyak lagi karya untuk mewarnai industri muzik tanah air.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, berkata dia ada perancangan untuk melakukan sesuatu yang istimewa apabila usianya mencecah 50 tahun nanti.

“Alhamdulillah, usia saya sudah mencecah 48 tahun. Apa yang saya harapkan pada hari lahir tahun ini adalah diberikan kesihatan yang baik.

“Selain itu, saya mahu menghasilkan banyak lagi karya pada tahun ini. Sekarang ini, hati saya membuak-buak nak hasilkan karya.

“Saya dapat rasakan tahun ini adalah tahun yang paling baik. Tapi bukan bermaksud tahun lalu tidak baik, cumanya bertambah baik,” kata Anuar memetik sumbers laporan dari mStar Online.

Anuar ditemui ketika sidang media pengumuman majlis makan amal sepetang bersama Bintang – Anuar Zain di Laman Pengantin Zarlith, di sini, pada Isnin.

Tambah Anuar lagi, selain konsertnya bersama Bunga Cinta Lestari dan Yuka pada 28 April depan, dia juga terlibat dalam majlis makan malam amal yang akan diadakan di Johor Bahru pada 6 Mei depan.

Kata Anuar, dia sangat teruja dan berasa bertuah dapat membuat persembahan satu pentas di majlis makan malam dengan penyanyi Zamani dan penyanyi berasal dari Singapura iaitu Faizul Laily.

“Seperti yang saya katakan tahun ini adalah tahun yang terbaik buat saya. Insya-Allah selain konsert saya bersama BCL dan Yuka, saya juga akan mengadakan persembahan di majlis makan malam amal sepetang bersama bintang pada 6 Mei depan.

“Selain saya, Zamani dan penyanyi yang terkenal di Singapura iaitu Faizul Laily turut akan memeriahkan malam tersebut.

“Saya sangat teruja dan rasa bertuah dapat satu pentas membuat persembahan dengan dua orang penyanyi yang hebat,” ujarnya.

Pada malam itu, Anuar akan menyanyikan lebih lapan buah lagu popular selama 45 minit dengan iringan piano dan akan ada sesi beramah mesra bersama penonton.

Bukan itu sahaja, hasil jualan tiket tersebut akan disumbangkan kepada golongan memerlukan melalui Yayasan Lace Dato Rokiah.

Yayasan itu ditubuhkan untuk membantu orang kurang berkemampuan, anak-anak yatim, warga emas dan ibu tunggal di Johor Bahru.

Jualan tiket untuk majlis makan malam amal itu akan mula dijual pada bulan ini dengan harga RM298 hingga RM1,598.

Ia boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");