Sukan Hari Ini

Argentina Menang Tanpa Kelibat Messi

LIONEL Messi mendedahkan dia mengalami masalah hamstring untuk “beberapa ketika” berikutan terlepas aksi kemenangan 2-0 Argentina ke atas Itali, awal pagi tadi.

Messi sekadar menjadi pemerhati di Stadium Etihad, dengan gol Ever Banega dan Manuel Lanzini memastikan kemenangan untuk barisan pemain Jorge Sampaoli itu.

Bintang Barcelona itu dalam prestasi berbisa untuk Blaugrana yang menyaksikannnya meledak lapan gol dalam enam perlawanan terakhir, sekali gus melebarkan jumlah jaringannya kepada 35 setakat ini.

Begitupun, menurut Stadium Astro, Messi tetap memasang hajat untuk menghadapi Sepanyol, pada awal pagi Rabu nanti.

“Ada masa-masanya saya mengalami kecederaan hamstring,” Messi memberitahu TyC Sports sebelum perlawanan.

“Saya sentiasa mahu bermain tetapi jalan ke Piala Dunia masih panjang. Saya memutuskan untuk berehat dalam permainan ini tetapi saya optimistik tentang aksi dengan Sepanyol.”

Pengendali Argentina, Sampaoli, dikritik hebat kerana meminggirkan penggempur Juventus dan Inter, Paulo Dybala dan Mauro Icardi, manakala Messi beberapa kali menunjukkan reaksi tidak senang susulan deretan peluang yang gagal dimanfaatkan Manuel Lanzini, Giovani Lo Celso, Angel di Maria dan Gonzalo Higuain.

Bercakap kepada Rai Sports, Sampaoli berkata: “Icardi dan Dybala merupakan nadi penting dan semuanya masih belum diputuskan sebelum kami ke Piala Dunia.

“Saya juga ingin menegaskan, sebelum perlawanan persahabatan ini, mereka sentiasa dipanggil.

“Messi ditimpa masalah otot dalam sesi latihan terakhir, jadi kami mengambil sikap berwaspada. Dia bersedia untuk berdepan Sepanyol,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");