Perak Hari Ini

Bagan Serai, Padang Rengas Bakal Rebut Perisai Menteri Besar

IPOH: Perlawanan akhir Liga Perak Amanjaya 2017/2018 yang mempertemukan Kelab Sukan dan Rekreasi Negeri Perak (SRCC) Padang Rengas dengan SRCC Bagan Serai akan diadakan pada 17 Mac ini bertempat di Padang Sintetik, Pulau Pangkor.

Kedua-dua pasukan bakal berentap bagi merebut Perisai Menteri Besar Perak.

Pengerusi bersama kejohanan Liga Perak Amanjaya, Khairul Shahril Mohamed berkata lokasi Pulau Pangkor dipilih kerana mahu memberi penghargaan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selain itu ujarnya, juara kejohanan yang memasuki siri keempat ini bakal mengisi satu slot pada Piala FA musim hadapan.

Juara musim lalu, SRCC Kuala Kangsar telah berpeluang untuk beraksi dalam kejohanan Piala FA bagi tahun ini.

“Objektif utama liga ini adalah bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu yang kita ambil dari setiap kawasan parlimen seluruh negeri,” katanya dalam satu sidang media di Banguan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa Persatuan Bole Sepak Negeri (PAFA) giat meneliti setiap perlawanan dalam kejohanan bagi mendapatkan pemain-pemain baharu untuk musim akan datang.

Pada perkembangan sama, Pengurus SRCC Padang Rengas, Mohd Arif Abd Majid berkata pasukanya telah bersedia menghadapi pihak lawan selain akan membawa lebih kurang 200 penyokong bagi menyemarakkan lagi semangat anak buahnya nanti.

Pengurus SRCC Bagan Serai, Nazirul Jamaludin pula berkata, pasukanya kini sudah tidak sabar mahu menebus kekalahan yang diterimanya pada perlawanan seblum ini.

Pada tahun 2014 dan 2015, pasukan tersebut hanya selesa berada di tangga yang ketiga dan percubaan bagi memperbaiki kedudukan pada tahun 2016 pula berjaya dipatahkan SRCC Ipoh Timur dalam pusingan suku akhir.

Antara pihak yang terlibat menjayakan kejohanan ini ialah Pejabat Menteri Besar Perak, Pejabat EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri serta PAFA.

Selain itu, antara penaja yang terlibat ialah Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Mariwasa Kraftangan serta Al-Ikhsan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");