Jenayah

Bapa Tiga Anak Didakwa Rogol Bekas Kekasih

AYER KEROH: Seorang bapa tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga bekas kekasihnya, lapan tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Airulnizam Zainal, 26 tahun yang memakai baju T berwarna coklat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun sekitar 9 malam di sebuah rumah di dalam daerah Melaka Tengah pada penghujung Januari 2010.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan lapor Astro Awani.

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon agar jaminan tidak dibenarkan dengan mengambil kira faktor tertuduh hanya berjaya dihadapkan ke mahkamah pada tahun ini walaupun waran tangkap telah dikeluarkan pada 14 Julai 2015, selain bimbang mengganggu mangsa serta saksi-saksi pendakwaan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah dibenarkan dengan alasan menanggung keluarga termasuk seorang anak.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Norma membenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, namun jaminan itu akan ditarik serta-merta sekiranya mahkamah mendapati tertuduh mengganggu mangsa.

Beliau turut memerintahkan tertuduh untuk melapor diri di balai polis berdekatan sehingga sebutan semula kes pada 12 April depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");