Berita Hari Ini

Bersalin Dalam Laut Merah

KAHERAH – MESIR. Ia adalah detik menakjubkan apabila seorang pelancong Rusia selamat melahirkan bayinya di dalam Laut Merah di Mesir.

Gambar dikongsi Hadia Hosny el Said menerusi Facebook yang diambil dari balkoni apartmen milik pakciknya di Dahab, utara Sharm el-Sheikh itu menunjukkan seorang lelaki menuju ke tepi pantai sambil membawa bayinya yang masih bertali pusat.

Tidak lama selepas itu, wanita terbabit juga menyusul ke tepi pantai dan disambut oleh seorang kanak-kanak lain dipercayai anaknya.

Seorang doktor yang pakar tentang kelahiran dalam air turut bersama pasangan itu.

Menurutnya, wanita itu berenang seketika sebelum melahirkan bayinya dengan bantuan pasangannya dan doktor terbabit.

Identiti wanita dan keadaan bayinya bagaimanapun tidak dinyatakan.

Gambar yang dimuat naik Hadia pada Sabtu lalu telah menjadi tular dan dikongsi lebih 2,000 kali selain mendapat ribuan komen.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat kelahiran dalam air adalah lebih mudah dan kurang menyakitkan lapor Daily Mail.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");