Perak Hari Ini

Beto Cuba Benda Baru Sertai Dun Belia Perak

IPOH:Peluang mencuba sesuatu yang baru luar daripada kebiasaan rutin hariannya ternyata tidak disia-siakan oleh pemain bola sepak Liga Super Perak bagi menyumbang idea selaku perwakilan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Perak, demikian kata, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri.

Ahmad Khairil,24, yang popular dengan gelaran Beto menjelaskan penglibatannya dalam bidang tersebut bermula selepas Exco Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya mempelawanya menyertai persidangan berkenaan.

Katanya, pengalaman itu disifatkan sebagai perkara baru dalam hidupnya dan ia seharusnya digunakan sebaik mungkin bagi menyumbang idea dalam pembangunan sukan di Perak.

“Saya sebenarnya rasa sedikit kekok menyertai sidang DUN belia ini namun atas dorongan Datuk Shahrul, saya merasakan dengan menyertai persidangan ini memberikan cabaran baru kepada diri saya selaku atlet.

“Saya juga akan berusaha untuk menyumbangkan sedikit sebanyak idea berkaitan sukan secara keseluruhannya selain tidak tertumpu kepada sukan bola sepak semata,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas perasmian persidangan DUN Belia di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis perasmian persidangan DUN Belia itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang turut dihadiri Shahrul Zaman.

Sementara itu, Zambry yang turut ditemui pada sidang media persidangan Dun Belia merupakan ruang buat para perwakilan berkongsi idea dan pandangan mengenai pentadbiran negeri.

Malah katanya sebahagian usul dan cadangan dalam sidang DUN Belia terdahulu telah diberikan perhatian terutama membabitkan penyediaan lima peratus kuota perumahan untuk golongan belia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");