Sukan Hari Ini

Bos Gaurus Dituntut Terus Konsisten

KESEBELASAN Perak perlu terus beraksi sebagai sebuah ‘keluarga’ untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala FA.

Pengendalinya Mehmet Durakovic berkata, setiap pemain perlu mengekalkan aksi konsisten demi merealisasikan hasrat berkenaan.

Justeru menurutnya, setiap pemain dituntut memanfaatkan setiap peluang untuk menjamin kejayaan.

“Kita sebenarnya sudah bagai satu keluarga dan kita juga bermain sebagai satu keluarga.

“Kita tak ada pemain ‘bintang,’ cuma pemain muda yang yang bagus dan mereka inilah pemain masa depan Perak,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Durakovic berkata demikian pada sidang media sejurus tamat saingan pusingan ketiga Piala FA 2018 di Stadium Batu Kawan yang menyaksikan skuad The Bos Gaurus itu menang 3-1.

Kemenangan berkenaan sekali gus mengesahkan kemaraan skuad Kejor Yeop Skor itu ke suku akhir.

Sementara itu, Durakovic berpuas hati dengan aksi kesebelasan anak didiknya yang disifatkannya telah beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan.

Malah katanya, kesemua pemain juga telah mengikuti percaturan taktikal yang dirancang untuk menjamin kemenangan.

“Saya sangat berpuas hati, pemain telah beraksi dengan cukup baik. Fantastik!

“Namun kemenangan kita bukannya mudah. Pulau Pinang adalah pasukan yang baik,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");