Membawang Hari Ini

Buah Pinggang Nassier Wahab Hampir Rosak

PENYANYI Datuk Nassier Wahab mendedahkan dia pernah mengalami masalah buah pinggang sehingga ia hampir-hampir rosak gara-gara pengambilan ubat yang tidak sesuai beberapa bulan lalu.

Nassier atau Mohd Nasir Abd. Wahab, 56, berkata, dia beruntung masalah berkenaan hanya berlaku pada sebelah buah pinggangnya sahaja dan doktor dapat mengesan masalah itu pada peringkat awal seterusnya mendapat rawatan segera.

“Bagi saya kesihatan itu sangat penting lagi-lagi bila umur sudah mencecah 50 tahun ke atas. Kena buat pemeriksaan darah supaya kita dapat tahu apa yang perlu kita jaga.

“Sebelum ini saya ada masalah sebelah buah pinggan hampir rosak disebabkan makan ubat yang tidak sesuai.

“Nasib baik doktor kesan awal dan dapat dirawat segera. Alhamdulillah buah pinggang saya semakin baik selepas menjalani rawatan sejak beberapa bulan yang lalu,” katanya kepada mStar Online.

Nassier ditemui ketika hadir ke Menara Star untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Dunia Cinta pada Rabu lalu lapor Mstar Online.

Tambah Nassier, sejak kejadian itu dia lebih kerap melakukan pemeriksaan kesihatan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi memastikan tiada sebarang masalah lain.

Bercakap mengenai Dunia Cinta yang menampilkan empat buah lagu, Nassier memberitahu kesemua lagu tersebut mendapat sentuhan daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka dan ia dirakamkan di Bandung pada tahun lalu.

Nassier turut merakamkan semula lagu nyanyian Projector Band iaitu Sudah Ku Tahu.

Menurutnya, dia sudah merancang pembikinan album itu sejak dua tahun lalu namun ia tidak dapat diselesaikan kerana kesibukannya memenuhi undangan persembahan selain tidak mendapat lagu sesuai.

“Perancangan untuk menerbitkan album hampir dua tahun lalu tapi memandangkan kesibukan dan sukar mendapat lagu-lagu yang sesuai dengan saya jadi ia mengambil masa lebih lama.

“Akhirnya saya berpeluang mendapat lagu daripada komposer Indonesia, Syahrul Elmoka dan kesemua lagu serta video muzik dirakam di Bandung pada 26 Novemver hingga 2 Disember tahun lalu,” katanya.

Album tersebut mengandungi empat buah lagu ciptaan Syahrul Elmoka iaitu Sajak Cinta, Cemburu, Dunia Cinta, Tentang Cinta dan Nassier turut merakam semula lagu popular kumpulan Projektor Band, Sudah Ku Tahu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");