Jenayah

Buang Kucing Boleh Dipenjara

Kuala Lumpur: “Mengikut peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, takrifan pemunya haiwan adalah mana-mana orang yang memiliki apa-apa haiwan termasuk mana-mana orang pada masa ini bertanggungjawab mengenai mana-mana haiwan atau mana-mana orang yang menghuni mana-mana premis,” kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr Muhammad Safaruddin Md Dawam.

Katanya, ia jelas membuktikan tindakan segelintir individu yang membuang atau meninggalkan kucing dengan alasan haiwan berkenaan bukan milik mereka atau tidak mahu bertanggungjawab atas kelahiran anak haiwan terbabit adalah kesalahan.

Beliau berkata, takrifan pemilik kucing diperluaskan dalam akta berkenaan dan individu terbabit perlu bertanggungjawab terhadap kucing di premis mereka.

“Jika mereka abaikan haiwan berkenaan dari segi keselamatan, makanan dan sebagainya mereka boleh didakwa.

“Begitu juga dengan situasi membuang kucing, jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dipenjara,” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Muhammad Safaruddin berkata, tindakan undang-undang penalti RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun boleh dikenakan mengikut akta itu.

“Akta itu menggariskan lima keperluan utama bagi membolehkan pihak Jabatan Veterinar mengambil tindakan terhadap isu berbangkit,” katanya.

Menurutnya, keperluan itu antaranya membabitkan persekitaran dan diet sesuai, membolehkan mempamer corak kelakuan semula jadi, haiwan ditempatkan bersama atau berasingan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");