Perak Hari Ini

‘Bukan Bendera Terbesar Di Dunia, Namun Ia Bermakna’

IPOH: “Ianya bukanlah yang terbesar di dunia namun, ianya sangat bermakna,” demikian kata Pengetua Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Anand Baharuddin ketika ditanya tentang ‘Bendera Damai’ yang dinaikkan pagi tadi pada Sambutan Hari Keamanan 2018 di Padang Ipoh, di sini.

Seramai 1,000 orang pelajar MCKK serta beberapa buah sekolah berasrama penuh dan sekolah harian hadir menjayakan program yang bertemakan ‘Damai Itu Indah’ ini.

 

Anand berkata penganjuran kali ketiga ini agak istimewa yang mana ianya pertama kali disambut di peringkat negeri dan disertai beberapa sekolah-sekolah lain dari seluruh daerah.

Jelasnya, tujuan utama sambutan ini adalah bagi menyampaikan mesej keamanan dan menerapkan nilai kesejahteraan kepada para pelajar.

 

“Kita mahu mewujudkan kesejahteraan, toleransi, perasaan saling hormat-menghormati dalam kehidupan di sekolah, khususnya dikalangan pelajar, guru dan warga sekolah supaya mereka dapat melalui proses pendidikan dengan selesa.

“Ini juga sebagai langkah hendak membendung gejala salah laku disiplin khususnya melibatkan kekerasan fizikal,” katanya kepada pemberita pada majlis ini, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya lagi, beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengangkat acara ini ke peringkat yang lebih tinggi iaitu kebangsaan pada masa hadapan.

Upara menaikkan Bendera Damai yang berukukan 15m X 9m itu disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sekitar jam 9.00 pagi.

Beliau yang disertai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man kemudiannya melepaskan beberapa burung merpati sebagai simbolik keamanan dan permasmian majlis.

Difahamkan bendera tersebut hanya akan berada selama satu hari dan esok bendera negeri akan dinaikkan semula menerusi satu majlis khas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");