Isu Panas

‘Bukan Saya Sabotaj Datuk Jo’

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau sebagai dalang dalam UMNO yang cuba mensabotaj Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Ahli Parlimen kawasan itu.

Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, beliau tidak tahu bagaimana namanya terpalit dengan dakwaan itu sehingga tersebar di media sosial sedangkan hubungannya dengan Johari tidak ada masalah.

Beliau berpendirian, jika berlaku masalah dalam parti sekali pun, sesiapa sahaja calon, Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian, individu itu mesti disokong demi Barisan Nasional (BN) dan bukannya bertindak mensabotaj.

“Saya tiada apa nak sorok. Saya pun tiada kaitan dengan sekumpulan orang yang gantung kain rentang, luah perasaan nak tolak serta tak puas hati dekat Datuk Jo.

“Banyak kenyataan daripada beberapa pihak tuduh saya dalang, orang dalam UMNO cuba nak tanding jawatan itu, macam-macam.

“Jadi, sayalah yang kena tempias. Sedangkan, selama saya jadi Ketua Pemuda, kita banyak bantu memperjuangkan masalah rakyat, antaranya anjur tuisyen untuk anak Melayu dan bantu dapatkan rumah tanpa mengharap sebarang penghargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat khas bersama Pemuda UMNO Titiwangsa, lapor Berita Harian.

Penafian itu dibuat susulan tindakan menggantung kain rentang yang tertera ‘Saya No!! To DJ’ dan ‘kami ahli UMNO akar umbi Titiwangsa memohon kepada YAB Perdana Menteri agar memilih calon lain selain daripada Datuk Johari’, #TolakJohariGhani #JoeSombong #JoeAngkuh #asalbukanjoeghani @JoeBongkak #ABJ.

Kain rentang itu dikatakan digantung di sekitar kawasan Chow Kit dan Keramat, yang kononnya didalangi ahli UMNO.

Nazir Hussin juga menafikan beliau mempunyai kaitan atau mengenali individu yang terbabit mensabotaj Johari.

Beliau mendakwa, individu terbabit adalah ahli sebuah kumpulan yang berpusat di Chow Kit.

“Saya terdengar juga kumpulan ini tidak puas hati dengan Datuk Jo. Tetapi, saya tak pasti kenapa. Saya pun tak kenal siapa mereka ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");