Jenayah

Bumbung Sekolah Runtuh, 300 Murid Selamat

KUALA LUMPUR:Bumbung Sekolah Kebangsaan Danau Kota 1 runtuh selepas angin kencang ketika hujan lebat sekitar kawasan tersebut petang tadi.

Lebih menggemparkan apabila bumbung itu terjatuh ke kawasan taman mini sekolah berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Ketika kejadian, para murid sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah lapor Astro Awani.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman Hussaini dihubungi mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tinjauan di tempat kejadian didapati bumbung sekolah itu terjatuh di kawasan tengah bangunan sekolah yang ditempatkan di taman dan pondok rekreasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");