Isu Panas

Campur Tangan Luar Bawa Kerosakan

SHAH ALAM: PAS menempelak sikap pemimpin tertentu yang meminta campur tangan negara asing dalam pentadbiran negara, semata-mata untuk meraih kepentingan peribadi.

Tanpa menyebut nama pihak yang meminta campur tangan asing itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin berkenaan pernah mentadbir negara dan membawa kerosakan yang dirasakan rakyat hari ini.

“Dalam sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah meminta campur tangan orang luar. Kalau ada kerosakan, kita baikinya dari dalam.

“Bukankah meminta campur tangan asing hanya mendorong kepada penjajahan kepada negara. Tidak perlu (meminta bantuan negara luar). Ia tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya ketika berucap pada Program Bersama PAS Selangor di Stadium JKR Seksyen 16 di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, kata Abdul Hadi, PAS akan meletakkan calonnya bertanding bagi lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dengan harapan memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah.

“PAS akan menjadi ‘king maker’ atau pencatur utama politik pada PRU-14. Kepada pihak lawan, jangan pandang mudah kemampuan PAS.

“Pada PRU-14 nanti, semua parti tidak boleh tubuh kerajaan dan ketika inj PAS akan berperanan sebagai ‘king maker’,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");