Perak Hari Ini

Ceramah HARAPAN di Kamunting Tiada Permit,Polis Akan Ambil Tindakan

IPOH:Polis Perak mengesahkan bahawa tiada permit dikeluarkan untuk Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di laluan masuk utama Kampung Bukit Jana, Kamunting, malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata berikutan itu pihak Polis akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana penganjur tidak mempunyai permit polis.

“Pihak penganjur tidak mempunyai permit kerana tidak mengikut syarat yang ditetapkan tetapi pihak penganjur tetap mengadakannya jadi pihak Polis akan ambil tindakan dibawah seksyen 9(5),” katanya kepada media selepas hadir menyaksikan simulasi rusuhan latih amal sempena EX-UNDI PER Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di sini hari ini.

Katanya, tiada sebarang kelulusan dan pemberian permit diberikan kepada pihak penganjur ceramah malah keadaan semalam turut mengganggu lalu lintas serta meletakkan treler milik Pakatan Harapan hingga sehingga menyebabkan pihak Polis perlu mengambil tindakan.

Beliau turut mengesahkan turut menerima aduan daripada orang awam mengenai ceramah tersebut.

Terdahulu antara yang hadir pada ceramah tersebut Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yasin, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Meng.

Ceramah itu tamat kira-kira 12 tengah malam, diakhiri dengan ceramah daripada Tun Mahathir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");