Isu Panas

Ceramah Pembangkang Di Muar Lesu

MUAR: Ceramah Pakatan Harapan diketuai DAP malam tadi kurang mendapat sambutan biarpun tajuk ceramah yang dipertaruhkan ‘Muar Kunci ke Putrajaya’ dilihat mampu menarik kehadiran ramai.

Dijadualkan bermula pukul 8 malam, ceramah yang menampilkan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abd. Rahman sebaliknya hanya berlangsung lebih sejam kemudian.

Kelewatan tersebut dipercayai ekoran pihak penganjur yang masih menunggu kehadiran orang ramai ke ceramah yang diadakan di Sungai Balang, di sini.

Pengacara majlis dalam ceramah tersebut juga dilihat berulang kali memanggil dan merayu orang ramai yang berada di tepi jalan untuk memenuhi tapak ceramah yang diadakan di pekarangan rumah penduduk.

Malah, barisan penceramah yang mengambil tempat dalam ceramah berkenaan juga hanya menggunakan isu kitar semula yang berkisar mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kos sara hidup.

Tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang dalam ceramah itu menceritakan bagaimana Muar mampu menjadi kunci ke Putrajaya yang mungkin memberi maksud mereka mahu menguasai pemerintahan negara.

Dalam ceramah itu juga, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dilihat segera meninggalkan pentas sejurus selesai menyampaikan ceramah mereka.

Salahuddin dalam ceramahnya kira-kira setengah jam pula hanya berterusan memburuk-burukkan kerajaan termasuk membuat tuduhan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin bersama-sama ‘team’ beliau mengamalkan rasuah.

 

– Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");