Sukan Hari Ini

Chong Wei Mara Ke Pusingan Kedua All England

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton All England di Birmingham, England pada Selasa (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Juara All England empat kali itu memulakan kempen kejohanan dengan langkah kanan menundukkan pemain bukan pilihan, Ygor Coelho dari Brazil dengan 21-15, 21-17 dalam masa 37 minit untuk bertemu Lee Dong Keun dari Korea Selatan.

Sekiranya Chong Wei melepasi pusingan kedua itu hari ini, beliau dijangka menentang antara Lin Dan atau pemain Taiwan, Wang Tzu Wei pada suku akhir nanti, menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsotware.com.

??????Pemain nombor dua dunia itu memenangi kejohanan bernilai keseluruhan $1,000,000 (RM3.9 juta) sebanyak empat kali pada 2010, 2011, 2014 dan 2017.

Turut mengikut jejak pemain itu adalah beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang terpaksa bergelut hampir sejam untuk mengenepikan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-16, 16-21, 23-21.

Cabaran getir menanti Ong-Teo apabila mereka perlu berdepan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia yang mudah mengalahkan rakan sepasukan mereka Angga Pratama-Rian Agung Saputro 21-16, 21-19 pada pusingan pertama.

Nasib, bagaimanapun tidak menyebelahi juara Terbuka Jerman, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila mereka disingkirkan seawal pusingan pertama oleh pasangan tuan rumah Chris Adcock-Gabrielle Adcock 21-14, 21-15 dalam kategori beregu campuran. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");