Sukan Hari Ini

Chong Wei Teruskan Kemaraan, Jin Wei Pulang Awal

DATUK Lee Chong Wei mengharungi saat getir ketika berdepan Lee Dong Keun dari Korea Selatan sebelum menempah slot suku akhir Kejohanan Seluruh England 2018, namun perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, gagal mengikut langkahnya.

Chong Wei, yang turun selaku pilihan kedua kejohanan, diberi tentangan hebat oleh Dong Keun sebelum mencatat kemenangan tiga set 21-6, 13-21, 21-18 dalam pertemuan selama 65 minit.

Bagaimanapun, ketika set ketiga, Chong Wei terpaksa mengharungi saat-saat cemas sebelum memastikan kemaraan ke suku akhir dan bertemu musuh ketatnya, Lin Dan, dari China hari ini, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Sememangnya Dong Keun menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan ini. Walaupun melakukan kesilapan mudah dalam set pertama, dia bangkit dengan penuh keyakinan dalam set kedua,” kata Chong Wei.

Sementara itu, bagi acara perseorangan wanita, Jin Wei turun menentang Aya Ohori dari Jepun dan walaupun memberi tentangan, ia belum cukup untuk membawanya ke suku akhir dan terpaksa akur dengan kekalahan 22-24, 18-21 dalam tempoh 46 minit.

“Lawan lebih tenang berbanding saya. Saya perlu tingkatkan lagi aksi di atas gelanggang selepas ini,” ujar Jin Wei.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");