Perak Hari Ini

Cuaca Panas: Bekalan Air Di Perak Masih Terkawal

IPOH:Status paras air di empangan-empangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang Sungai Perak buat masa ini masih pada paras yang mencukupi dan terkawal meskipun negeri-negeri utara semenanjung kini sedang mengalami cuaca panas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata biarpun dalam keadaan cuaca panas sekarang aliran Sungai Perak yang disalurkan kepada loji-loji pam Jabatan Pengairan & Saliran(JPS) dan loji rawatan air Lembaga Air Perak(LAP) masih beroperasi seperti biasa.

“Status terkini bagi paras dua empangan TNB Temenggor dan Chenderoh masih baik manakala paras dua empangan yang membekal air ke Loji Rawatan Air Sungai Kinta dan Ulu Kinta serta Loji Rawatan Air Kuning, Taiping menunjukkan paras yang tinggi dan berada pada paras maksima,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, begitu juga dengan sumber bekalan air pengairan kawasan jelapang padi dan kawasan luar jelapang padi negeri ini untuk Musim Tanaman Padi 1/2018 jadual pengairan adalah berjalan seperti biasa serta mengikut jadual perancangan tanpa sebarang penangguhan jadual buat ketika ini.

“Status bekalan air bagi Empangan Bukit Merah masih berada di dalam keadaan normal dan terkawal iaitu pada aras RL28ka (RL 8.54m).

“Begitu juga bagi kawasan jelapang padi di Sungai Manik dan di Seberang Perak. Jadual pengairan berjalan seperti yang dijadualkan tanpa penangguhan memandangkan status bekalan air di Sungai Perak di Teluk Sena dan di Sungai Batang di Sungai Manik berada melebihi daripada paras normal,” katanya.

Katanya, hanya dikawasan pengairan Bota Lambor dan kawasan pengairan Bota Kiri jadual pengairannya ditangguhkan selama 2 minggu lewat berikutan paras air Sungai Perak di kedua dua lokasi ini agak rendah sedikit daripada paras normal bagi tujuan pengepaman air.

“Walaupun paras air di kawasan jelapang dan di luar jelapang padi kini kebanyakannya masih lagi berada di tahap melebihi daripada paras normal, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak akan terus memantau keadaan cuaca dan taburan hujan di kawasan tadahan empangan dan sungai bagi memastikan maklumat segera dapat disalurkan kepada petani-petani,” katanya.

Katanya, setakat ini tidak timbul masalah berkaitan air dan ia masih terkawal serta tidak timbul sebarang isu mengenainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");