Sukan Hari Ini

‘Dah Belanja Berjuta, Tiada Sasaran Pingat?’

SASARAN untuk berada pada kedudukan ke-10 Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia dilihat tidak relevan selepas berbelanja jutaan ringgit mempersiapkan atlet negara.

“Sekiranya tuan rumah mendominasi 90 peratus pingat, kita pula meraih sebutir emas dan sebutir gangsa saja namun masih berada dalam kelompok 10 terbaik, adakah kita berpuas hati?

“Anda berbelanja jutaan ringgit menerusi Program Podium namun hanya mahu kedudukan 10 terbaik tanpa menghiraukan kutipan pingat. Ia tidak relevan,” kata pemerhati sukan tempatan, Zakaria Rahim, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Malaysia dilaporkan mahu berada pada kelompok 10 pasukan terbaik di Sukan Komanwel tanpa mengumumkan sasaran pingat yang mahu dicapai.

“Kenapa perlu takut untuk umumkan sasaran pingat. Jika takut gagal, tidak perlu secara terperinci cukup dengan sekadar umumkan jumlah pingat yang mahu dicapai.

“Negara sudah banyak berbelanja untuk Program Podium, jadi tidak salah untuk minta “balasan” daripada atlet. Ini adalah masanya untuk mereka membalasnya.

“Sukan Komanwel adalah temasya pertama sejak penubuhan Program Podium yang dikhususkan kepada atlet elit, jadi ia adalah masa terbaik membuat penilaian sama ada peruntukan yang disalurkan dimanfaat sepenuhnya,” tambahnya.

Beliau turut menolak andaian pengumuman sasaran akan menyebabkan tekanan kerana sesetengah atlet sukakan cabaran.

“Saya tidak nampak ia mrmberi bebanan kepada atlet jika kita melihatnya dalam bentuk yang positif. Saya cuma nampak sesetengah pihak takut dilabelkan gagal sekiranya sasaran pingat yang diumumkan tidak tercapai.

“Bagaimanapun saya fikir masyarakat faham bahawa Sukan Komanwel adalah seperti “mini Olimpik” dengan banyak kuasa besar sukan dunia menyertainya dan ia amat sukar dalam sesetengah acara,” jelasnya.

Pada edisi 2014 di Glasgow, Malaysia kekurangan satu emas untuk mencapai tujuh emas yang disasarkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");