Isu Panas

DAP Hanya Tahu Lompat Kawasan: Tiong Lai

JOHOR BAHRU – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan tindakan DAP yang sentiasa “melompatkan” calonnya yang bertanding di satu-satu kawasan pada pilihan raya umum (PRU) adalah bukti jelas parti itu tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Katanya tindakan DAP itu juga menunjukkan parti berkenaan hanya tahu “bercakap” dan memutarbelitkan fakta serta memainkan sentimen rakyat.

“Amat jelas bahawa kita (MCA) berkhidmat, kita beri ‘leadership’ dan beri pembangunan untuk rakyat tetapi DAP tak buat kerja… sampai pilihan raya, dia (DAP) nak ‘eliminate’ MCA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sim Mow Yu, hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas pengumuman DAP hari ini yang akan meletakkan Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor bertanding di kawasan Parlimen Ayer Itam pada PRU14.

“Kerja dia (Liew) hanya keluar ‘statement’ dan ‘jump’ kawasan. Sama macam Lim Kit Siang, ini lah taktik DAP. Cuba tanya (Liew) Chin Tong (selaku Anggota Parlimen Kluang), apa dia buat untuk rakyat? Bagi MCA kita sangat konsisten, bertanggungjawab untuk berkhidmat untuk rakyat and kita percaya rakyat akan sokong kita,” kata Liow lagi.

Kerusi Ayer Itam kini disandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang telah mewakili kawasan berkenaan selama tiga penggal. Dalam ketiga-tiga PRU terbabit Wee dicabar calon Pas.

Sementara itu, mengenai pecah tanah SJKC Sim Mow Yu, beliau berkata ia membuktikan kerajaan pusat amat prihatin dan komited terhadap sistem pendidikan negara yang mempunyai pelbagai aliran.

Beliau berkata pembinaan bangunan tiga tingkat berserta 24 bilik darjah yang mampu menampung kira-kira 1,000 murid di atas kawasan seluas 9.66 ekar (3.8 hektar) itu dijangka siap tahun depan.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata pembinaan sekolah jenis SKJC di Johor dapat dilaksanakan dengan cepat hasil kerjasama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan pihak berkuasa tempatan berbanding di Selangor yang ditadbir pembangkang.

“Di Selangor, kerajaan pusat telah luluskan RM4 juta untuk SJKC di Pandan tapi mereka sengaja lambatkan, jadi siapa yang memperjuangkan hak rakyat sebenarnya,” katanya lagi Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");