Jenayah

Datin Cederakan Pembantu Rumah Dikenakan Bon Kelakuan Baik

PETALING JAYA: Seorang suri rumah bergelar Datin dikenakan bon kelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumahnya, dua tahun lalu.

Datin Rozita Mohamad Ali, 44, dijatuhi hukuman itu selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, setelah video mengenai kejadian itu telah menjadi tular dalam media sosial.

Menurut laporan Utusan Online, tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah, Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara dekat sini antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Pertuduhan itu dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, V. Suloshini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");