Jenayah

Datin Dera Amah Disenarai Hitam Keluar Negara

PETALING JAYA: Datin yang menghilangkan diri selepas didapati bersalah kerana menyebabkan kecederaan parah kepada pembantunya telah disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali (gambar) berkata, jabatan itu telah menerima perintah mahkamah agar Datin Rozita Mohamad Ali disenaraihitamkan.

“Kami juga memeriksa sama ada dia telah cuba meninggalkan negara ini,” katanya ketika dihubungi The Star pada Khamis.

Pada Rabu, Mahkamah Tinggi diberitahu oleh pengarah pendakwaraya Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad bahawa Rozita dan penjaminnya iaitu seorang pegawai Angkatan Udara Diraja Malaysia gagal dihubungi.

Timbalan pendakwaraya, Muhammad Iskandar berkata, mereka pergi ke rumah Rozita di Damansara, rumah keluarganya di Melaka, dan juga rumah penjamin itu untuk menyampaikan notis agar mereka hadir di mahkamah, tetapi tiada siapa yang berada di lokasi tersebut.

Beliau berkata, cubaan untuk memberi notis kepada Rozita dan penjamin itu dibuat sehingga tengah malam Selasa.

Pada 15 Mac, Rozita dihukum harus mempamerkan perilaku baik selama lima tahun dan denda sebanyak RM20,000 kerana menyebabkan kecederaan parah kepada pembantunya, Suyanti Sutrinso, 21.

Rozita, 44, didakwa menggunakan antara lain pisau dapur, mop dan payung untuk menyerang Suyanti di sebuah rumah di Mutiara Damansara di sini antara pukul 7 pagi dan 12 malam, 21 Jun 2016.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");