Membawang Hari Ini

Datuk Rosyam Nor Puji Neelofa Minta Maaf

PELAKON dan pengacara, Datuk Rosyam Nor, 51, memuji tindakan Neelofa memohon maaf berikutan kontroversi pelancaran jenama tudungnya di sebuah pusat hiburan, Isnin lalu, yang mengundang kecaman pelbagai pihak.

“Kadang-kadang, ada perlakuan kita tak sedar ia salah di mata orang lain.

“Paling bagus, mohon maaf dan apabila seseorang sudah meminta maaf, kita sebagai masyarakat terima dengan terbuka,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin juga berkata, sikap rakyat Malaysia dan peminat seni tanah air yang mudah memaafkan, patut dipuji.

“Itulah yang seronoknya dengan peminat dan rakyat Malaysia. Sikap saling memaafkan patut dipuji,” katanya.

Rosyam selaku pengacara program realiti Da’i juga berpesan kepada rakan-rakan artis supaya sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

“Kepada semua mereka, tidak kiralah sama ada artis lama atau baru, saya berpesan kepada diri sendiri supaya sentiasa berfikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu.

“Zaman teknologi maklumat (IT) dan digital sekarang, semuanya sudah berbeza. Kadang-kadang, kita tak sangka benda yang kita lakukan atau anjurkan akan mendapat kecaman.

“Tapi kerana kepesatan teknologi, kita takkan tahu kalau ada orang sekeliling akan sentiasa melihat, merakam dan sebagainya, sekaligus menjadikan sesuatu kita lakukan itu, tular,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");