Berita Hari Ini

Derita Enam Beradik Tanpa Taraf

SUNGAI PETANI: Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa gembiranya tiga beradik ini di saat mereka terpandang rakan-rakan mereka di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar di sini.

Mata mereka yang bercahaya menceritakan betapa Nurul Solehah Abdullah, 9, dua abangnya Mohamad Kabir, 10, dan Mohd Haikal Alif, 11, merindui rakan-rakan sekolah mereka sejak berpisah lebih setahun yang lalu.

Pada pertemuan singkat itu, soalan pertama ditanya rakan-rakan adalah ke mana menghilang dan mengapa bertukar sekolah.

“La kenapa hangpa (kamu) tukar sekolah, kami suka kat hangpa tau da? Hangpa ni baik.

“Selama ni kalau saya ada, depa main kat padang, lepas tu saya dah tak dak kat sekolah, depa tak main dah kat padang semua.. depa cakap boring (bosan) tak dak saya,” itu reaksi Nurul Solehah apabila ditanya apa yang dibincangkan dengan dua bekas rakan sekelasnya dalam pertemuan itu.

Menurutnya lagi, dia memaklumkan kepada dua rakannya itu sudah bertukar ke sekolah baharu. Bagi abang-abangnya pula, mereka juga tidak sabar untuk kembali bersekolah selepas kerana merindukan pelajaran dan rakan-rakan.

“Saya harap nak cepat masuk bersekolah supaya dapat belajar dan jumpa kawan-kawan,” kata Mohd Haikal lapor Berita Harian.

Dalam hati kecil anak-anak ini, perkara yang paling membahagiakan adalah kembali bersekolah dan bermain dengan rakan-rakan sebaya – naluri yang biasa bagi semua kanak-kanak pada umur mereka.

Bagaimanapun, tiga beradik ini sukar memahami kenapa mereka belum dapat bersekolah selepas tamat sesi persekolahan di SK Sungai Layar pada penghujung tahun 2016 yang lalu.

Hakikat yang menyedihkan, mereka tidak dapat diterima di sekolah baharu berdekatan dengan rumah ayah saudara di Lagenda Height, di sini, kerana tiga beradik ini dan tiga lagi abang mereka Mohamad Shukri Abdullah, 17, Mohamad Shafiq, 15, Mohamad Anwar, 14, bukan warganegara Malaysia.

Penderitaan enam beradik ini bermula apabila ayah kandung mereka yang juga rakyat negara ini, bernikah dengan wanita Indonesia di selatan Thai hampir dua dekad lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");