Sukan Hari Ini

Diet Bantu Messi Tidak Lagi Muntah Di Padang

BINTANG Barcelona, Lionel Messi, mendedahkan dia tidak lagi muntah semasa perlawanan kerana mengubah dietnya.

Messi, 30, menarik permainan ramai apabila muntah ketika mewakili Argentina menentang Romania di Bucharest pada 2014, kemudian dia mengakui ia berlaku sepanjang masa.

Messi jatuh sakit dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Bolivia di ketinggian La Paz pada tahun lalu, kemudian jurulatih ketika itu, Alejandro Sabella, menyalahkan masalah saraf.

Doktor Itali, Giuliano Poser, mendakwa telah merawat dan mengubati masalah Messi itu pada 2015, pemain itu bagaimanapun percaya keputusannya tidak mengambil minuman dan makanan ringan yang tidak sihat merupakan kunci utama.

“Saya tidak tahu apa yang saya makan tetapi pemakanan saya teruk selama bertahun-tahun,” katanya kepada La Cornisa Amerika TV.

“Ketika berumur 22, 23 tahun … saya suka makan coklat, alfajores [biskut dari Amerika Selatan], minuman beralkohol. Sekarang saya makan dengan baik: ikan, daging, sayur-sayuran, salad. Semuanya teratur dan terjaga. Mungkin sedikit wain tetapi itu tiada masalah.

“Saya benar-benar perasan perubahan itu. Mereka berkata ia mungkin berkaitan banyak perkara, akhirnya saya mengubah diet dan ia tidak berlaku lagi.”

Messi juga percaya dia tidak lagi terjejas oleh pengkritik dan prestasinya selepas menjadi bapa pada 2012.

“Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk melupakan segala-galanya ialah dengan meluangkan masa bersama anak-anak, isteri dan keluarga saya, selebihnya adalah perkara kedua,” kata Messi, yang mempunyai tiga anak lelaki — Thiago, Mateo, dan Ciro, sebagaiman dilaporkan Stadium Astro.

“Kelahiran anak pertama membuatkan saya melupakan bola sepak, saya tidak suka tewas tetapi saya melihatnya dengan cara berbeza, lebih daripada sekadar keputusan. Kadangkala anda tidak menang, mengalami kejutan, anda tidak boleh selalunya menang dan akan ada peluang lain lagi.

“Saya berkongsi tentang segala-galanya yang berlaku kepada keluarga dan saudara-saudara saya. Mereka sentiasa ada dan saya memberitahu mereka segala-galanya.

“Pada masa lalu, (kritikan) menjejaskan saya dan kritikannya melampau tetapi itu sudah berakhir, saya tahu mereka mengatakan sesuatu yang bukan mengenai sukan, mereka melibatkan kehidupan peribadi.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");