Jenayah

Dua Beradik Maut Motosikal Langgar 4WD

KOTA SAMARAHAN – Dua beradik maut apabila motosikal dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), di Jalan Datuk Mohamad Musa, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata penunggang motosikal Ronaldo Savio Nyigot, 23, maut di tempat kejadian sementara kakaknya Christina Fawcet Nyigot, 37, pula meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

“”Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi itu, motosikal yang dinaiki dua beradik terbabit menuju ke arah Kota Samarahan dari arah Batu 7, dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada di laluan sama,” katanya dalam kenyataan di sini. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");