Jenayah

Dua Beradik Mungkin Dilarikan Individu Dikenali – Polis

PETALING JAYA : Dua beradik yang dilapor hilang awal pagi semalam dipercayai dilarikan oleh individu yang dikenali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Dua beradik berusia enam dan empat tahun itu dipercayai dilarikan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Ibu saudara kanak-kanak itu berkata Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa adiknya mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.

Difahamkan, dua beradik itu telah diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika bahawa dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan memetik sumber Astro Awani.

Berita mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut tular di laman Facebook milik seorang wanita dipercayai ibu saudara mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");