LONDON – BRITAIN. Dua juruterbang pesawat tambang murah dikenakan tindakan gantung tugas selepas merakam diri mereka bermain aplikasi Snapchat ketika penerbangan dari Paris ke Madrid, Rabu lalu.
Rakaman menunjukkan dua juruterbang syarikat Easyjet menari di tempat duduk masing-masing bersama watak kartun menerusi aplikasi tersebut.
Laporan akhbar The Sun mengatakan, rakaman dimuat naik Kapten Michel Castelucci di media sosial memetik sumber Sinar Harian.
Jurucakap EasyJet berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan kedua-duanya digantung tugas bagi membolehkan siasatan dilakukan.
“Kami memandang serius perkara ini dengan menggantung tugas juruterbang berkenaan (mengikut prosedur) sementara menunggu siasatan disiplin,” katanya. – Agensi
Komen & Pendapat