Jenayah

Dua Lelaki Rompak Pemandu Grab

KUALA LUMPUR: Nasib malang menimpa seorang pemandu perkhidmatan Grab apabila dia dirompak dua lelaki yang juga penumpang perkhidmatan itu di sebuah pangsapuri di Jinjang Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun terbabit dikatakan mengambil dua penumpang di sebuah kedai serbaneka di Sri Kuching, di sini.

Sumber berkata, kedua-dua penumpang yang juga warga tempatan itu menempah perkhidmatan pemandu Grab terbabit untuk ke pangsapuri di Jinjang Baru.

“Ketika tiba di Jalan Kepong, mereka (penumpang) membatalkan perkhidmatan itu, namun mangsa masih meneruskan perjalanan ke pangsapuri berkenaan.

“Sebaik tiba di pangsapuri terbabit, seorang suspek bertindak merangkul leher mangsa, manakala seorang lagi merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit pemandu Grab berkenaan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri sebaik merampas barangan berharga dan wang tunai milik mangsa.

“Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi wakil media tersebut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana merompak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");