Jenayah

Dua Remaja Buli OKU Didakwa

KLUANG – Dua remaja yang membuli seorang OKU masalah pembelajaran yang tular di laman sosial baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang, di sini, hari ini.

Kedua-dua remaja lelaki berusia 18 tahun itu bagaimanapun didakwa dalam mahkamah tertutup kerana masih di bawah umur.

Kedua-dua suspek didakwa atas dua pertuduhan dengan pertuduhan pertama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencederakan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama lapor Sinar Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan ke atas Mohamad Nor Akmal Mohamad, 20, pada jam 4 petang, 9 Mac lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Taman Permainan Kanak-kanak Jalan 5/1, Taman Sri Kluang.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencuri beg sandang milik mangsa, mengandungi telefon bimbit jenama Samsung J2 dan wang tunai RM20. Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan lokasi sama mengikut Seksyen 379 KK kerana mencuri dan dibaca bersama Seksyen 34 KK.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mohamad Afiq Zubar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Majistret N Arun kemudian menetapkan 25 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 seorang.

Kedua-dua suspek ditahan di Taman Gunung Lambak pada jam 11 malam, 13 Mac lalu, selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa.

Hasil ujian saringan air kencing, kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

Video buli yang tersebar di Facebook dan aplikasi WhatsApp ditonton bapa mangsa sebelum membuat laporan polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");