Perak Hari Ini

Duda Dimalukan Bekas Teman Wanita Di Facebook

IPOH: Seorang duda terpaksa menanggung malu akibat tindakan bekas teman wanita yang memuat naik gambarnya dengan kapsyen berbaur penghinaan dan fitnah di media sosial Facebook beberapa minggu lalu.

Tan Loi Fak, 54, mula menyedarinya apabila mendapati gambar dan namanya mula tular di media sosial berkenaan menerusi satu posting yang dibuat sebuah akaun Facebook bernama ‘Wei Cho’, semenjak beberapa minggu yang lalu.

Dia yang bekerja sendiri mengenali wanita tersebut pada Oktober tahun lalu dan mula menjalinkan hubungan percintaan pada 25 Disember, tahun yang sama.

Sepanjang perkenalan, Loi Fak mengakui telah membelanjakan sejumlah wang kepada wanita yang berusia lingkungan 40an itu selain atas rasa simpati kerana mendapati teman wanitanya mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil.

Loi Fak kemudian mendapati wanita yang bekerja sebagai seorang kerani itu mula menunjukkan sifat barannya yang mana ianya menyebabkan dia mula tawar hati dengan teman wanitanya itu.

Dikatakan hubungan mereka berakhir pada 15 Januari lalu.

Semenjak itu, Loi Fak berkata, dia mula menerima beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur benci dan marah daripada wanita tersebut dan kemuncaknya gambar Loi Fak dimuat naik di Facebook.

Jelasnya kepada media ketika ditemui di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak, Taman Canning di sini, pagi tadi berkata, tindakan wanita tersebut telah menjejaskan perniagaanya semenjak ia mula tular.

Tambahnya dia turut dicemuh ketiga-tiga orang anaknya dengan mengatakan hal ini telah mengaibkan nama baik mereka.

Difahamkan dua orang anaknya kini sedang menetap di Singapura dan seorang lagi sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam pada itu, Loi Fak berkata kali terakhir dia berjumpa dengan wanita tersebut adalah beberapa hari selepas sambutan Tahun Baru Cina, bulan lalu.

Katanya, bekas teman wanitanya mendakwa dia telah mengandungkan anaknya dan meminta wang untuk mengugurkan kandungannya itu namun, Loi Fak meragui dakwaannya itu.

Dia turut mendakwa wanita tersebut tidak pernah berkahwin serta mempunyai ramai teman lelaki sebelum ini.

Kini Loi Fak meminta agar wanita tersebut tampil kepada khalayak dan membuat permohonan maaf secara terbuka demi membersihkan namanya.

Ketua Urus Pusat Khidmat Aduan ini, Mohd Rawi Abdullah yang ditemui berkata satu laporan polis telah dibuat pada 2 Mac 2018, di Balai Polis Bercham.

Mohd Rawi juga berkata pihaknya ada menghubungi wanita tersebut bagi memberi ruang membuat kenyataan balas namun sehingga kini, wanita tersebut didakwa sengaja memberi alasan untuk mengelak daripada berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");