Perak Hari Ini

‘Dulu RM90 Juta, Hari ini RM 2 Juta Pula’- PAS Perak Selar PH Sebar Fitnah

IPOH: PAS Perak menyelar tindakan parti-parti Pakatan Harapan (PH) yang berterusan ‘menjaja’ laporan palsu Sarawak Report yang mendakwa kononya parti tersebut menerima dana sebanyak RM90 juta daripada UMNO, kepada umum.

Pesuruhjaya PAS, Razman Zakaria berkata dakwaan itu tidak lain hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan parti tersebut dengan tuduhan sedemikian selain mahu menutup keaiban pimpinan PH sendiri.

“Mereka mahu menyamakan pimpinan PAS dengan ahli politik yang lain. Kerana sehingga kini pimpinan PAS masih gagal dikaitkan dengan isu rasuah dan disebabkan tuduhan yang dilemparkan itu tiada asas.

“(Ini juga sebagai) untuk menutup apa (kepincangan)  yang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan apa yang berlaku kepada pimpinan (PH) yang lain,” katanya.

Selain itu beliau turut menyelar tindakan parti-parti pembangkang lain yang kini pula cuba mengaitkan PAS berkaitan dengan dana RM2 juta yang juga kononnya diterima daripada UMNO bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak.

“Baru-baru ini dilemparkan pula kepada salah seorang pimpinan kita menerima RM2 juta, (bersumberkan) dalam satu audio yang tidak boleh disahkan kebenaranya. Daripada RM90 juta, tukar pula RM2 juta,”  dalam satu sidang media di Bangunan Badan Perhubungan PAS Negeri, di sini, pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April tahun lalu, terhadap satu artikel Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha kononya mahu  “menarik” kepimpinan parti itu menyokong Barisan Nasional dan UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");