Perak Hari Ini

Earth Hour Terus Disambut!

IPOH:Kempen memadamkan lampu dan penggunaan peralatan elektrik selama sejam terus diadakan seluruh dunia.

Kempen itu dipelopori oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), bermula di Sydney, Australia pada 2007. Ia dinamakan Earth Hour.

Sejak itu, ia semakin mendapat sokongan dunia dan diadakan pada setiap hari Sabtu ketiga dalam bulan Mac.

Tahun ini, tarikh 24 Mac menyaksikan kempen Earth Hour bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir sejam kemudian.

Earth hour flash mob

Tujuannya adalah untuk menyampaikan keprihatinan penduduk dunia mengenai perlunya satu tindakan proaktif dalam menangani isu pemanasan global.

Di bandaraya Ipoh, bermula pukul 8.30 malam, kebanyakkan bangunan besar hilang dari pandangan selama sejam selepas lampu-lampunya dipadamkan.

Kempen itu juga mendapat sambutan di kalangan para pengunjung di salah satu taman tema terkemuka di bandaraya ini Lost World Of  Tambun (LWOT) yang turut meraikan kempen tersebut semalam.

LWOT tidak ketinggalan menganjurkan sambutan Earth Hour saban tahun malah pada tahun ini pelbagai acara diatur seperti Lightbuld Vase, electrocycle, the earth hour show, earth hour flash mob dan kemuncak persembahan api yang mendebarkan iaitu Flaming Percussion.

Flaming Percussion

Para pengunjung dihiburkan dengan persembahan menarik dan santai dikala keseluruhan taman tema itu bergelap selama satu jam.

Paling mengujakan pertunjukan api yang begitu lincah menunjukkan aksinya serta mendebarkan malah kanak-kanak dilihat cukup terhibur dengan persembahan istimewa oleh LWOT.

Pengurus Besar Sunway Lost World of Tambun Nurul Nuzairi Mohd Azahari, berkata bertemakan ‘connect2Earth’ acara yang disediakan pastinya berbeza saban tahun pihak pengurusan terus berusaha memelihara alam sekitar, penjimatan penggunaan air dan tenaga.

Mengulas kepada kesedaran kempen ini di kalangan rakyat Malaysia, orang awam Shahira Sulaiman, berkata cukup kagum pembabitan semua pihak terhadap Earth Hour 2018.

Namun, dari segi kesedaran secara individu, ia mungkin perlu dipupuk dan pendedahan terhadap pentingnya kempen ini perlu diperluas lagi.

“Pada pendapat saya, rakyat Malaysia masih memerlukan pendedahan lebih dalam acara seumpama ini,”katanya.

Walau di mana kita berada. Tanpa mengenal sama lain, seluruh dunia bersatu dalam meraikan Earth Hour.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");