Berita Hari Ini

Ekonomi Malaysia Kukuh Di Peringkat Global – Standard Chartered

KUALA LUMPUR: Malaysia terbukti menyerlah sebagai sebuah negara dengan ekonomi kukuh di peringkat global, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Standard Chartered Bank, William T Winters.

Malah, katanya, kalangan pelabur antarabangsa juga mempunyai perspektif yang amat positif terhadap negara ini.

“Kami amat positif terhadap ekonomi Malaysia. Pertumbuhan yang dicatat pada 2017 misalnya terbukti kukuh dan adalah dijangkakan merekodkan prestasi serupa pada tahun ini.

“Apa yang kami lihat, Malaysia memiliki disiplin fiskal serba kukuh dan yang penting, aspek mata wang dan pertumbuhan eksport yang mantap

“Kami juga aktif membawa masuk pelaburan ke negara ini dan kalangan pelabur asing berpandangan amat positif terhadap Malaysia serta selesa dengan amalan undang-undang, pertumbuhan ekonomi dan kelompok bakat di sini,” katanya, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama 30 minit dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, pagi ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Abrar A Anwar.

Mengulas mengenai usaha Standard Chartered di Malaysia, Winters berkata bank itu sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan pembabitannya dalam industri eksport utama.

“Bank ini amat aktif membawa masuk pelaburan asing ke Malaysia, termasuk memainkan peranan menerusi pelaburan Saudi Aramco dalam industri petrokimia di sini serta projek infrastruktur seperti Laluan Rel Pantai Timur.

“Ini semua merupakan projek utama untuk Malaysia serta bagi pihak Standard Chartered,” katanya.

Ketika mengulas mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri, beliau berkata Najib amat kagum dengan komitmen bank itu, usaha pelaburan berterusannya di sini serta kesungguhan Standard Chartered mempromosikan perdagangan dan pelaburan Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");