Perak Hari Ini

Faktor Populariti, Berpengalaman Jadi Keutamaan Bagi Calon PRU-14

IPOH:Barisan Nasional (BN) Perak akan membuat penilaian secara keseluruhan berhubung kriteria calon yang bakal dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan memberi keutamaan kepada calon popular serta berpengalaman.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata walaupun nama-nama calon telah disenarai pendek namun ia masih belum dimuktamadkan berikutan pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada ketika ini.

“Walaupun saya boleh sebutkan bahawa pada dasarnya kita telah pun menyenaraikan senarai nama tapi tak bermakna ia adalah muktamad.

“Penilaian terhadap calon adalah bersifat dinamik dan ia akan bergerak hingga ke peringkat akhir sebelum PRU14,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Penggal Pertama, Dewan Belia Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Malah katanya, sekiranya rakyat tidak mahu menerima calon tersebut dan perkhidmatannya tidak lagi popular maka calon itu juga berkemungkinan tidak terpilih.

“Kalau sekiranya dia didapati tetap menjadi pilihan dan sebagainya kita akan membuat penilaian kerana kita mempunyai sistem dari segi ‘rating’ terhadap seseorang calon itu. Tidak kira sama ada dia calon wakil rakyat baru satu penggal atau dua penggal atau calon yang kalah sekali atau dua kali.

“Paling penting sistem ‘rating’ digunapakai oleh BN berdasarkan populariti yang ada pada seseorang itu dan kita dengan jelas menggunakan sistem ini. Sekiranya dianggap telah berkhidmat begitu lama masih diperlukan kita juga melihat kepada keperluan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas berhubung kenyataannya mengenai calon BN Perak yang sudah kalah dua kali dalam pilihan raya sebelum ini tidak akan diterima sebagai calon bertanding pada PRU-14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");