Sukan Hari Ini

FAM Berjaya Kurangkan Saman Vion

ISKANDAR PUTERI – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjaya mengurangkan tuntutan saman berjumlah 1.4 juta Euro yang dikemukakan kelab bola sepak, ViOn AS terhadap badan induk itu, kepada 300,000 Euro.

Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pencapaian itu hasil rundingan bersama kelab bola sepak yang berpengkalan di Slovakia itu.

Katanya, Vion bersetuju mengurangkan jumlah saman berkenaan kepada 300,000 Euro yang diselesaikan dalam tiga kali pembayaran.

“Mereka nak saman FAM sebanyak 1.4 Juta Euro, tetapi selepas berbincang dengan pihak pengurusan kelab berkenaan mereka bersetuju mengurangkan kepada 300,000 Euro sahaja.

“Kita akan bayar 100,000 Euro kepada mereka sebanyak tiga kali. Ia pasti berita baik buat FAM kerana dapat menjimatkan duit FAM,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksektutif FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021 lapor Sinar Harian.

Terdahulu, FAM dikenakan saman selepas didakwa melanggar perjanjian berhubung latihan skuad Harimau Muda C di Slovakia pada tahun 2015.

Skuad bimbingan Hassan Sazali Waras itu sepatutnya skuad itu mengadakan latihan selama dua tahun dan dua tahun lagi sebagai pilihan.

Bagaimanapun latihan tidak diteruskan selepas Mesyuarat Exco FAM pada 24 November 2015 memutuskan program Harimau Muda dibubarkan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Tunku Ismail mengesahkan FAM bersedia membida hak selaku tuan rumah Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Bawah 23 Tahun (B-23).

Katanya, permohonan itu akan dikemukakan pada minggu depan sebelum tarikh tutup pada Mei.

“Fasiliti di beberapa venue bola sepak di negara ini berada pada tahap memuaskan dan masih ada beberapa tempat yang perlu ditambah baik.

“Bagi saya, ini peluang yang baik untuk menambahbaik fasiliti bola sepak di negara ini dan berharap mereka akan menjaga kemudahan ini dengan baik,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");