Membawang Hari Ini

Farid Kamil Dedah Wajah Suspek Sebenar

Pelakon Datuk Farid Kamil mendedahkan dua individu sebenar yang dipercayai telah meletakkan dadah dalam minumannya sebelum ini bukan Ahmad Tajuddin (Taj Innuendo) dan Ahmad Fairuz (Osh) dari kumpulan nasyid Firdaus.

Sebaliknya individu tersebut adalah dua orang industri hiburan yang mendakwa diri mereka kerabat diRaja Kedah dan kerabat diRaja Johor.

“Saya menyebut dua nama iaitu Osh dan Taj dalam laporan polis saya tetapi agak memeranjatkan apabila dua individu lain yang dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan.

“Malam sebelum saya ditahan, dua individu ini berjumpa dengan saya. Apa yang saya tahu, salah seorang merupakan pengurus artis dan seorang lagi penyanyi. Tetapi saya tidak mengenali mereka walaupun dalam satu industri.

“Ketika perjumpaan itu mereka memperkenalkan diri mereka sebagai kerabat diRaja Johor dan seorang lagi kerabat diRaja Kedah. Kemudian mereka mengatakan ada perkara penting yang ingin dibincangkan tetapi tahu-tahu saya sudah tidak sedar diri,” katanya dalam satu sidang media khas bertempat di The Loft Event Space, Shah Alam, petang tadi.

Dalam majlis yang sama, Farid berkongsi dua gambar individu yang dimaksudkan secara eksklusif kepada pihak media.

Pelakon drama Lafazkan Kalimah Cinta ini turut mendedahkan dia mengalami kecederaan di bahagian dahi hingga berparut ketika berada di sel tahanan pada hari ketiga.

Kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi itu, dia didatangi oleh 11 anggota polis berpakaian biasa. Kemudian dia dipakaikan dengan baju berwarna putih dan tiba-tiba lampu sel di tutup.

“Ketika dipakaikan baju putih itu saya cuba meronta dan tiba-tiba saya berasa cairan mengalir di wajah saya. Apabila lampu dibuka semula dan cuba membuka pakaian berkenaan, saya mendapati banyak kesan darah pada baju itu

“Sedangkan sebelum itu saya hanya bertanyakan tentang arah kiblat. Banyak keraguan tentang arah kiblat yang sebenar,” ceritanya.

Suami kepada kepada aktres Diana Danielle memberitahu dia sudah membuat laporan polis terhadap 11 individu tersebut. Namun maklum balas yang diterima daripada pihak polis mengecewakan.

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.

– mD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");