Berita Hari Ini

Gangguan Bekalan Air 24 Jam Selasa Depan

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau dijangka mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam pada Selasa depan berikutan kerja menggantikan pam dan menguji injap di Loji Rawatan Air Linggi, Port Dickson.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail, berkata gangguan bekalan air berjadual di kawasan terbabit akan bermula jam 8 pagi.

“Kerja berkenaan ialah antara usaha berterusan SAINS menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa depan.

“Bekalan air akan disambungkan semula secara berperingkat selepas jam 8 pagi Rabu (depan). Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan lebih lama.

“SAINS akan mengambil langkah proaktif dengan menghantar lori tangki, selain menempatkan tangki statik jika gangguan bekalan air itu melebihi 24 jam,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Antara kawasan terbabit di Seremban ialah Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato’ Abdul Razak, RTM, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah.

Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau dan Kampung Sungai Sendayan.

Di Port Dickson, antara kawasan terbabit ialah Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Selesa Beach Resort, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Cabot Factory, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay.

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1&2), PD Water Front, pekan Port Dickson, Hotel Leparis, klinik kesihatan (hospital lama), Hotel Seafront, Hotel Lexis dan Springhill.

Di Rembau, antara kawasan terbabit ialah Taman Chembong Utama, Sekolah Teknik Chembong, Ladang Batu Hampar, Halal Park, Lebuh Raya Pedas, Merbau 9, Kampung Pedas Batu 4 (Kanan & Kiri), Taman Pinggiran Pedas, Kampung Minching Baru, Sungai Ibor Batu 3, Kampung Minching Lama, Taman Pedas Indah.

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, ILP Kampung Sungai Ibor, Kampung Seberang Batu 2, Sekolah Kebangsaan Pedas, Kampung Seberang Batu 1, Kampung Sungai Batu, Kampung Sungai Lalah, Taman Pedas Perdana, Jalan Mungkal, Jalan Tok Nara, Jalan Ampang Batu, Jalan Mungkal Tobek, Jalan Tok Menteri, Jalan Tok Samad, Jalan Bunga Raya, Jalan Dato’ Keramat, Taman Exora dan Kundur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");