Berita Hari Ini

Gasing Tangan Bahaya Kepada Kanak-Kanak?

BRUSSELS: Gasing tangan (fidget spinner) menjadi kegilaan di seluruh dunia, namun sesetengah mainan itu boleh menyebabkan kecederaan serius kepada kanak-kanak, menurut laporan baharu Kesatuan Eropah (EU) berkaitan bahaya produk terbabit, dikeluarkan pada Isnin.

Memetik laporan AFP menerusi BH Online, Brussels berkata, sistem amaran produknya mengesan sesetengah gasing berlampu dengan bateri butang yang boleh tertanggal dan ditelan, menyebabkan ‘lecur kepada esofagus dan usus.’

Jenis lain gasing tangan popular itu memiliki bearing pusat yang boleh tertanggal sekali gus mencetuskan bahaya tercekik di kalangan kanak-kanak, menurut Suruhanjaya Eropah (EC), pemerhati blok 28 negara EU.

“Beberapa kebimbangan ditimbulkan berikutan kemalangan membabitkan kanak-kanak kecil, yang sama ada menelan bahagian pecah mainan itu atau menelan bateri butang. Dalam kes ini, campur tangan hospital adalah perlu dan segera.

“Akibatnya, gasing tangan berbahaya dikesan, ditahan di sempadan atau pelabuhan atau dimusnahkan,” katanya.

EU berkata, ia mengeluarkan 2,201 amaran produk berbahaya pada 2017. Mainan berada dalam kategori terbesar dengan 29 peratus diikuti kenderaan bermotor (20 peratus) dan pakaian (12 peratus).

Katanya, China setakat ini negara asal paling kerap dikesan menghasilkan produk berbahaya iaitu sebanyak 53 peratus, walaupun angka itu tidak berubah berbanding tahun lalu, manakala produk Eropah berjumlah 26 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");