Membawang Hari Ini

Genap Usia 40 Tahun, Rani Mukherjee Tulis Surat Buat Peminat

Pada tarikh 23 Mac (semalam), usia yang aktres terkenal Rani Mukhrejee genap 40 tahun. Sempena ulang tahunnya itu, pelakon yang mula mencuri perhatian seluruh peminat filem Hindustan menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai ini mengirimkan surat istimewa buat peminatnya.

Dalam tulisannya, Rani berkata perjalanannya menuju usia 40 tahun bukanlah sesuatu yang mudah tertutama bergelar anak seni.

Sebagai seorang perempuan, isteri dan juga ibu, apa yang dicapai sekarang semuanya berkat kegigihan dan pergorbannnya selama hampir 20 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

“Sebagai seorang perempuan, saya harus mengakui, bahwa ini bukanlah perjalanan yang mudah. Saya harus memberikan bukti diri setiap hari.

“Aktres harus memberikan bukti pada diri sendiri setiap hari. Seorang perempuan memiliki tempoh karier yang pendek. Kepentingan seseorang wanita yang sudah berkahwin itu mati.

“Perempuan bukanlah komoditi yang menguntungkan di box office. Film yang ‘perempuan-sentris’ (saya benci kata ini!) adalah risiko besar.

“Aktres yang sudah berkahwin yang juga seorang ibu adalah paku terakhir dalam peti impian, cita-cita dan aspirasinya. Ini adalah beberapa stereotip diskriminati yang harus kita jalani dan cuba diatasi setiap hari, itu antara luahan yang ditulisnya.

Surat tersebut ‘disampaikan’ Rani melalui akaun rasmi produksi Yash Raj Film yang merupakan milik keluarga suaminya, Aditya Chopra.

Oleh sebab Rani sendiri tidak mempunyai akau media sosial peribadi, justeru semua perkembangan mengenai dirinya yang mahu dikongsi, disampaikan menerusi akaun tersebut.

Dalam pada itu, dalam satu temubual bersama media antarabangsa, Rani ada menyatakan saat dia mula mahu membina nama dalam dunia lakonan, ramai yang tidak yakin dengan bakatnya serta ada juga pihak yang mendakwa dia tidak punya pakej sempurna sebagai seorang bintang.

“Hakikatnya ketika saya memasuki industri ini, orang-orang bercakap tentang ketinggian saya, dan kata-kata mereka berubah menjadi kekuatan saya. Orang fikir saya tidak mempunyai ketinggian, wajah yang cantik dan suara untuk menjadi seorang pelakon.

“Mulanya timbul kebimbangan dalam diri, tetapi kemudian saya bekerja dan berusaha membuktikannya dan tidak membiarkan segala kritikan menghalang saya,” katanya.

Sementara itu, Rani kini sedang sibuk dengan promosi filem baru bertajuk Hichki yang bakal tayangkan di pawagam tidak lama lagi. Rani menghidupkan watak sebagai seorang guru dan kerap digoda murid-muridnya.

Filem itu juga merupakan kemunculan semulanya di industri Bollywood selepas agak lama menyepi kerana memberi fokus kepada anak dan rumah tangga.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");