Isu Panas

Hati-Hati Keluar Kenyataan

GEORGETOWN: Semua pemimpin parti politik dinasihat supaya lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pemerhati politik, Md Shukri Shuib berkata, ia kerana keterlanjuran percakapan itu boleh melukakan hati masyarakat khususnya pengundi di sesuatu kawasan.

“Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan kalau diletakkan calon kucing di Pandan pun boleh menang.

“Ini bermaksud Rafizi cuba beri isyarat bahawa masyarakat di kawasan Pandan seolah-olah tidak bijak untuk menilai sehingga diberi gambaran letak haiwan pun boleh menang,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, kenyataan tersebut menunjukkan kesombongan yang jelas oleh Rafizi terhadap masyarakat di kawasan tersebut.

“Ini satu kenyataan biadab. Rafizi sepatutnya memohon maaf kepada masyarakat dan pengundi Pandan yang mengundinya pada PRU13 lalu.

“Saya harap ia dijadikan pengajaran kepada semua pemimpin lain.

“Jangan hina pengundi seolah-olah pengundi mempunyai hati yang buta dan pemikiran cetek yang tidak boleh menilai antara haiwan dan manusia,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR itu mengakui sedikit pun tidak gusar dengan kawasannya ‘ditinggalkan’ seketika kerana Parlimen Pandan adalah kubu kuat PKR.

Katanya, sesiapa sahaja diletakkan untuk bertanding di kerusi itu pasti akan dimenangi PKR.

Jelasnya, letak kucing pun tak ada masalah mesti menang sebab Parlimen itu kerusi kuat PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");