Berita Hari Ini

Henti Kait Sultan Johor, TMJ Dengan Isu Politik

JOHOR BAHRU: Majlis Jumaah Diraja Johor mengutuk sekeras-kerasnya laman portal berita Singapura, The Independent yang didakwa memutarbelitkan kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, portal berkenaan menggunakan dan memutar belit kenyataan TMJ berkenaan isu politik antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan hartawan, Tan Sri Robert Kuok.

“TMJ tidak pernah langsung memberikan kenyataan mengenai isu tersebut.

“Saya meminta pihak luar berhenti daripada mengaitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Ismail dengan isu-isu politik,” katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Abdul Rahim juga menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan kenyataan rasmi dua pemimpin tertinggi Johor berkenaan menerusi sumber yang sahih dan diperakui sahaja.

“Saya ingin menegaskan kepada anda semua bahawa segala kenyataan yang dibuat daripada Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail hanya akan dikeluarkan oleh laman rasmi The Royal Johor (Royal Press Office), laman rasmi Johor Southern Tigers dan akhbar The Star.

“Jikalau ada kenyataan daripada sumber luar selain daripada yang saya nyatakan di atas, ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Tegasnya, pihak guaman keluarga diraja Johor dan Ketua Polis Johor akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, siasatan awal mendapati artikel tersebut telah ditarik turun oleh pihak pentadbir laman sesawang berkenaan.

“Kami menerima laporan berkenaan berita palsu dan berbaur fitnah ke atas TMJ ini kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi. Bagaimanapun ia telah ditarik turun oleh pentadbirnya.

“Kes dibuka siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");