Isu Panas

Husam Jangan Lari: Mohd Amar

KOTA BHARU – “Jangan lari”, amaran tersebut dikeluarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa yang didakwa cuba ‘melarikan diri’ daripada menerima surat saman yang dikemukakan kepada beliau.

Mohd Amar memberitahu, terdapat lima saman ‘menanti’ Husam iaitu daripada pihak Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), serta dari beberapa buah anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Malah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) juga turut dibayangkan akan bertindak demikian berikutan tindakan bekas pemimpin Pas itu yang didakwa membuat fitnah berhubung kelulusan projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II.

Bagaimanapun, kerajaan negeri difahamkan oleh penghantar saman yang pemimpin itu didakwa cuba melarikan diri daripada menerima surat saman tersebut dan hanya mewakilkan anaknya untuk ke luar rumah.

“Kita diberitahu oleh penghantar saman, dia lari masuk dalam rumah, bila anak keluar, anaknya kata ayah pesan jangan ambil apa-apa. Itu sebabnya sehingga (kita) terpaksa ambil notis mahkamah dan ditampal di rumah dia,” katanya kepada media di sini.

Husam sebelum ini didakwa semakin lantang mengkritik kerajaan negeri dengan pelbagai isu, terutamanya melibatkan kepentingan rakyat yang seharusnya dibela.

Bagaimanapun tindakan pemimpin Amanah itu kurang disenangi ramai pihak, yang beranggapan ia hanyalah mainan dan gimik pemimpin itu untuk terus relevan dalam politik Kelantan.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");