Isu Panas

Husam Musa Sedia Disaman

KOTA BHARU: Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa mengalu-alukan saman yang ingin dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan anak syarikatnya seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tambahnya, lima saman dari Kerajaan Negeri dinantikannya kerana dakwaan mengenai ketempangan dan salah urus tadbir kerajaan negeri sebelum ini terlalu banyak, namun hanya lima saman yang ingin di hantar kepadanya.

Husam menambah, kenyataan Mohd Amar bahawa beliau lari dan enggan menerima notis saman, adalah kenyataan orang yang jahil dengan proses saman menyaman dan undang-undang.

Katanya semasa membuat semua dakwaan ke atas Kerajaan Kelantan atau agensinya, beliau bersandarkan dokumen-dokumen rasmi Kerajaan Kelantan sendiri.

“Semasa perbicaraan nanti, InsyaAllah dokumen rasmi ini boleh dipohon kepada mahkamah untuk dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, sebahagian dari dokumen ini selama ini dilindungi,” katanya lapor Astro Awani.

“Menerusi perbicaraan nanti ianya memberi peluang kepada semua untuk didedahkan dokumen berkaitan, termasuk membawa Menteri Besar dan Timbalanya serta Exco-Exco dan pihak yang terlibat untuk turut memberi keterangan di mahkamah.”

Husam juga bercadang untuk melakukan sapina ke atas mereka yang boleh membantu dalam perbicaraan di mahkamah tidak terkecuali Mohd Amar sendiri.

Untuk itu beliau berharap Naib Presiden Pas itu tidak melarikan diri.

Katanya, sebelum beliau membuat kenyataan mengenai ketempangan pentadbiran Kerajaan Kelantan, beliau telah mengkaji setiap satunya dengan teliti dan bertanggungjawab sepenuhnya atas dakwaan itu dunia dan akhirat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");