Berita Hari Ini

Indonesia Nafi Temui RM1 Bilion Dalam Kapal Equanimity

KUALA LUMPUR: Polis Indonesia berkata, viral penemuan wang tunai RM1 bilion (3.5 trillion) dalam kapal layar mewah, Equanimity, ketika disita pihak berkuasa negara itu di Bali baru-baru ini, adalah palsu.

Timbalan Pengarah Direktorat Jenayah Ekonomi Khas Polis Indonesia, Pesuruhjaya Tinggi Daniel Silitingo, berkata tiada sebarang penemuan wang tunai dilakukan pasukan itu ketika pencarian bukti dalam kapal mewah terbabit.

Beliau berkata, proses pencarian barang bukti dalam kapal mewah terbabit turut disertai pihak ketiga termasuk kapten kapal dan polis marin.

“Saya yang mengetuai tugasan menyita kapal berkenaan (Equanimity). Kami tidak menemukan wang apa-apa pun. Kalau ada penemuan wang, sudah tentu mereka (pihak ketiga) turut mengetahuinya tetapi memang tidak ada (wang RM1 bilion).

“Yang kami temui dalam kapal itu hanya dokumen pendaftaran krew dan penumpangnya. Penguatkuasaan terhadap kapal yang ditahan itu dibuat secara murni bersandarkan falsafah ‘membanteras jenayah, berkhidmat kepada rakyat. Dalam proses penyitaan ,” katanya seperti dilaporkan portal, Jawapos.com semalam,

Silitingo menegaskan yang ketika proses penyitaan kapal dibuat, pihaknya tidak menyebut sebarang nama yang ada kaitan dengan Malaysia.

Penyebaran berita palsu itu dilakukan pemilik akaun Facebook menggunakan nama Miyoyo, yang memuat naik gambar wang tunai dengan status ‘penyiasat Indonesia menjumpai RM1 bilion tersimpan rapi dalam Kapal Jo Lo (Jho Low). Siap berbalut kertas hadiah. Untuk siap ya Pak?.

Penemuan wang tunai itu viral di media sosial selepas pihak berkuasa Indonesia menyita kapal Equanimity.

Isu itu sekali gus dipolitikkan pembangkang yang mengaitkannya dengan dana yang diseleweng daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");