Berita Hari Ini

Isteri PM Luang Masa Bersama NGO Wanita Perlis

KANGAR – Sebanyak 27 badan bukan kerajaan (NGO) wanita di Perlis menghadiri majlis minum petang bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di sini, hari ini.

Antara NGO yang hadir ialah Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Perlis (Baidunita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) serta Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita).

Rosmah berada di Perlis bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan rasmi sehari ke negeri ini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau meluangkan masa hampir dua jam beramah mesra dengan semua anggota NGO yang hadir sambil menikmati hidangan istimewa laksa Perlis.

Turut hadir Yang Dipertua Baidunita Datin Seri Noraswana Omar dan Ketua Wanita UMNO Arau Datuk Shamsiah Mohd Yasin. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");